2.6.1 : KONSEP DEMOKRASI BERPARLIMEN RAJA BERPELEMBAGAAN.
Demokrasi bermaksud pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan.
Antara corak pemerintahan demokrasi iaitu :
i. sistem Raja Berpelembagaan
ii. sistem Republik
RAJA BERPELEMBAGAAN
Raja mempunyai kuasa mutlak dan berdaulat atas negeri dan jajahan takluknya. Raja Berpelembagaan bermaksud pemerintahan beraja yang diketuai oleh YDPA hendaklah mematuhi peruntukan didalam Perlembagaan Persekutuan.
YANG Di-PERTUAN AGONG (YDPA)
Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh majlis Raja-Raja mengikut aturan yang terkandung dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan .
Sembilan buah negeri : Perlis, Kedah, Terengganu, Kelantan, Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan
dan Johor.
Dipilih secara bergilir-gilir 5 tahun sekali.
Ketua Negara dan Ketua Persekutuan.
MAJLIS RAJA-RAJA
Pada 1 Julai 1896, British telah membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu & satu mesyuarat diadakan antara pihak British dengan Raja-raja Melayu Negeri-negeri Bersekutu.
Tujuan : untuk membincangkan hal ehwal dan kepentingan bersama.
Mesyuarat dikenali sebagai majlis raja-raja melayu (DURBAR).
Antara bidang tugas utama Majlis Raja-Raja adalah seperti berikut:
a)Memilih YDPA dan Timbalan YDPA.
b)Memberi persetujuan atau penolakan tentang adat istiadat agama Islam bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu kecuali Sabah dan Sarawak.
c)Melantik anggota Mahkamah Khas.
2.6.2 PENGASINGAN KUASA
Antara tiga badan utama yang terlibat ialah :
a)Badan Eksekutif (pentadbiran)
i.Menguatkuasakan dan melaksanakan undang-undang serta dasar negara.
b)Badan Legislatif (perundangan)
i.Menggubal undang-undang
c)Badan Judisiari (kehakiman)
i.Mengadili serta menegakkan undang-undang.
Badan perundangan (legislatif)
Badan perundangan di Malaysia boleh dibahagi kepada 2 :
i.PARLIMEN : YDPA dan Dewan Negara dan Dewan Rakyat
ii. BADAN UNDANGAN NEGARA : Raja dan Dewan Undangan.
PERINGKAT PERSEKUTUAN:
a) PARLIMEN
Perkara 44(4) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa kuasa perundangan Malaysia terletak pada Parlimen yang mengandungi (YDPA) dan Dua Majlis iaitu Dewan Negera dan Dewan Rakyat.
Parlimen merupakan Badan Perundangan bagi kerajaan persekutuan yang berfungsi untuk menggubal dan meluluskan di seluruh negara.
Parlimen juga membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan sedia ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baharu.
Perkara 55 Perlembagaan Malaysia memperuntukan bahawa hanya YDPA sahaja yang bolh memanggil Parlimen untuk besidang.
YDPA juga mempunyai kuasa mutlak untuk menghentikan atau membubarkan Parlimen.
Perkara 66(4) Perlembagaan Malaysia menjelaskan bahawa YDPA hendaklah memperkenan sesuatu rang undang-undang yang dipersembahankan dalam tempoh 30 hari.
b. DEWAN NEGERA
Dewan negara merupakan dewan yang tertinggi dalam badan perundangan di Malaysia.
Tujuan Dewan Negara diwujudkan adalah untuk memastikan kepentingan setiap negeri terjamin.
Syarat kelayakan menjadi calon Ahli Dewan Negara :
i. Warganegara Malaysia
ii. Berumur tidak kurang dari 30 tahun
iii. Sempurna akal
iv. Bukan orang muflis
c. DEWAN RAKYAT
Dewan rakyat merupakn komponen yang sangat penting dalam badan perundangan Malaysia.
Syarat Kelayakan
• Warganegara Malaysia
• Berumur 21 tahun ke atas
• Bermastautin di Persekutuan
• Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.
Hilang Kelayakan
• Diistiharkan sebagai seorang tidak sempurna akal.
• Muflis yang belum dibebaskan
• Memegang jawatan bergaji dan berfaedah
• Tidak hadir sidang dewan selama 6 bulan tanpa izin dari Dewan Rakyat
• Gagal hantar penyata perbelanjaan pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan
• Disabitkan kesalahan Mahkamah Persekutuan dan dihukum penjara 1 tahun atau denda RM2000
• Memperolehi kewarganegaraan asing secara sukarela buat pengakuan taat setia negara asing itu
PERINGKAT NEGERI
• Badan Perundangan Negeri ialah kuasa perundangan peringkat negeri.
• Terdiri daripada Raja (Sultan / Yang di-Pertuan Negeri / Yang di-Pertuan Besar) dan Dewan undangan (DUN)
• Berfungsi untuk menggubal , meminda dan meluluskan undang-undang untuk negeri sahaja.
• Wujud disetiap negeri kecuali di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur , Putrajaya dan Labuan)
Syarat Kelayakan
• Warganegara
• Berumur 21 tahun atau lebih
• Bermastautin di Negeri
Kehilangan Kelayakan
• Diistiharkan tidak sempurna akal.
• Muflis yang belum dibebaskan
• Memegang jawatan berpendapatan
• Gagal hantar penyata perbelanjaan pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan setelah dinamakan untuk pemilihan
• Disabitkan kesalahan Mahkamah Persekutuan dan dihukum penjara 1 tahun atau denda RM2000
Memperolehi kewarganegaraan asing secara sukarela & membuat pengakuan taat setia negara asing itu
Badan pentadbiran (eksekutif)
Bermula dengan pengenalan Sistem Ahli pada 1951.
Beberapa jabatan diletak dibawah kawalan seorang ahli yang bertindak sebagai seorang menteri bagi jawatan tertentu.
Sistem Ahli berakhir apabila pilihan raya umum pertama diadakan pada Ogos 1955.
Kerajaan baharu dibentuk setelah Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilantik sebagai Perdana Menteripertama pada Ogos 1955.
PERINGKAT PERSEKUTUAN
a. Kabinet / Jemaah Menteri
Kuasa tertinggi badan pentadbiran (Eksekuitif) kerajaan persekutuan ialah sistem Jemaah Menteri / Kabinet.
Terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Perdana Menteri & Jemaah Menteri.
YDPA melantik Perdana Menteri daripada parti yang mendapat kerusi mejoriti di Dewan Rakyat.
Perdana Menteri juga menasihati YDPA untuk melantik menteri-menteri daripada mana-mana majlis parlimen.
Timbalan menteri juga dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri bagi membantu tugas menteri.
YDPA boleh memecat Perdana Menteri daripada jawatannya apabila mejoriti ahli Dewan Rakyat hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, dan hendaklah meletakkan jawatan.
Jemaah menteri berperanan untuk menentukan dasar kerajaan & memberikan arahan kepada jentera pentadbiran kerajaan.
b. Kementerian Jabatan dan Badan-badan Kerajaan
Kementerian adalah agensi tertinggi dalam jentera pentadbiran Persekutuan.
Kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang & menyelaraskan dasar tersebut.
Jabatan merupakan agensi pelaksana bagi sebuah kementerian atau pentadbiran negeri.
Jabatan-jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali sebagai ketua pengarah.
Perbadanan awam merupakan agensi separuh kerajaan dalam bidang pembangunan sosioekonomi negara.
-Contoh: Perbadanan Awam ialah Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS)
Badan berkanun merupakan agensi separuh kerajaan.
Ketua bagi Badan Berkanun dipanggil Pengerusi.
Badan Berkanun berfungsi melicinkan pentadbiran dan perlaksanaan program pembangunan negara.
-Contoh: Badan berkanun ialah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Dewan Bahasa dan Pustaka
PERINGKAT NEGERI
Kuasa tertinggi Badan Pentadbiran (Eksekutif) peringkat negeri ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Merupakan badan kepimpinan negeri yang membuaat dasar dan melaksanakan pemerintahan bagi sesebuah negari.
Majlis mesyuarat kerajaan terdiri daripada Raja, Menteri Besar dan Ahli Majlis.
Raja melantik Menteri Besar daripada Dewan Undangan sebagai Ketua Jemaah Menteri.
Bagi negeri Sabah dan Sarawak, barisan ahli majlis disebut sebagai Kabinet Negeri .
Badan Kehakiman bertanggungjawab untuk memastikan Perlembagaan Persekutuan dipatuhi dan menegakkan keadilan mengikut peruntukan undang-undang.
Badan kehakiman Malaysia terdiri daripada dua bahagian iaitu Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah.
Mahkamah Atasan terdiri daripada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.
Mahkamah rendah terdiri daripada Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret.
a. MAHKAMAH PERSEKUTUAN
Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara.
Ahli Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Ketua Hakim Negera, Presiden Mahkamah Rayuan, kedua-dua Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan tujuh hakim lain.
Bidang kuasa Mahkamah Persekutuan seperti yang berikut :
i. Memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan,
MahkamahTinggi atau seorang hakimnya.
ii. Apa-apa bidang kuasa asal atau runding yang dinyatakan dalam Perkara
128 (Mengisytihar sesuatu undang-undang Persekutuan dan
undang-undang Negeri sebagai tidak sah) dan Perkara130 (bidang
kuasanasihat Mahkamah persekutuan)
iii. Lain-lain bidang kuasa yang diberi atau di bawah undang-undang
persekutuan.
b. Mahkamah Rayuan
Ahli bagi Makamah Rayuan terdiri daripada seorang pengerusi (Presiden Mahkamah Rayuan) & hakim lain tidak melebihi 32 orang.
Bidang kuasa Mahkamah Rayuan ialah:
i. Memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi atau
seseorang hakimnya.
ii. Lain-lain bidang kuasa yang diberi atau di bawah undang-undang Persekutuan.
c. Mahkamah Tinggi
Mahkamah Tinggi berkuasa untuk melaksanakan penyeliaan, mengubah keputusan semua Mahkamah Bawahan (Mahkamah Rendah) dan membincangkan semua rayuan daripada Mahkamah Bawahan sama ada kes sivil ataupun kes jenayah.
Mahkamah Tinggi membincangkan kes-kes tuntutan melebihi RM1000 dan kes-kes berkaitan dengan perkara yang berikut :
i. Penjagaan kanak-kanak dan orang tidak siuman, wasiat dan
perkahwinan serta penceraian bagi bukan Islam.
ii. Kemuflisan
iii. Injuksi, pelaksaan tertentu (specific performance) atau
pembatalan kontrak.
iv. Kesahan individu.
d. Mahkamah Sesyen
Mahkamah seksyen berkuasa untuk membicarakan kes sivil dan jenayah di Malaysia .
Mempunyai kuasa untuk membicarakan segala kesalahan selain kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati .
Bidang kuasa mahkamah seksyen seperti yang berikut :
i. Membicarakan kes sivil berkaitan kemalangan kenderaan motor , tuan
tanah serta penyewa distres.
ii. Membicarakan kes sivil yang melibatkan amaun atau nilai hal dituntut tidak
melebihi RM 250,000.
e. Mahkamah Majistret
Mahkamah majistert terdiri daripada Mahkamah Majistret Kelas Pertama dan Mahkamah Majistret Kelas Kedua
Bidang kuasa bagi kedua-dua mahkamah majistret ini adalah :
f. Mahkamah Penghulu
Berkuasa untuk mendengar atau memutuskan prosiding asal kes sivil melibatkan amaun atau nilai hal dituntut tidak melebihi RM50 dan kesalahan jenayah kecil yang boleh dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM25.
g. Mahkamah Syariah
Merupakan Mahkamah di bawah kuasa Kerajaan Negeri.
Berperanan untuk mengadili umah Islam berkaitan undang-undang Islam.
2.6.3 PILIHAN RAYA
Pilihan raya adalah satu makanisme untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan.
Ciri utama Sistem Demokrasi Berparlimen.
Rakyat bebas memilih wakil Parlimen bagi pimpinan pemerintahan pusat dan memilih wakil Dewan Undangan Negeri sebagai pemimpinkerajaan negeri.
Pemegang akan ditentukan oleh jumlah undian rakyat.
Wakil yang dipilih bertanggungjawab untuk mendengar suara dan kehendak rakyat serta menjaga kepentingan rakyat.
Diadakan setiap 5 tahun sekali secara sulit dan telus dan pengiraan undian secara terbuka.
Dalam tempoh 60 hari selepas parlimen dibubarkan (Sabah/Sarawak 90hari)
Pihak yang terlibat dalam proses pilihan raya:
i. Badan yang mentadbir pilihan raya
ii. Pengundi
iii. Calon yang bertanding
SEJARAH PILIHAN RAYA
Pilihan Raya Pertama pada 27 Julai 1955.
51 daripada 52 kerusi dimenangi Parti Perikatan dan 1 kerusi dimenangi PAS di Kerian.
Kerajaan sementara dibentuk dan dipimpin oleh Tunku Abdul Rahmah sebelum mendapat kemerdekaan penuh.
SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR)
Badan mentadbir, menyelia, mengelola, bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya.
Ditubuhkan di bawah perkara 113 dan 114 Perlembagaan Persekutuan pada 4 September 1957.
Keanggotaan SPR terdiri daripada Pengerusi, Seorang Timbalan Pengerusi dan 5 orang anggota lain dilantik oleh YDPA.
Terhenti keanggotaan apabila mencapai umur 66 tahun.
Dipecat sekiranya :
a. Muflis yang belum dibebaskan.
b. Memegang jawatan perpendapatan.
c. Ahli mana-mana satu Majlis Parlimen / Undangan Negeri.
Urus setia
- diketuai Setiausaha sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir urus setia dan dibantu kakitangan awam.
Fungsi
- mengkaji dan membuat persempadanan bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri.
- menjalankan urusan pendaftaran pemilihan / semakan daftar pemilih.
- menjalankan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil.
- mendaftarkan calon-calon yang bertanding serta memastikan calon.
- memenuhi kriteria dan kelayakan yang diperlukan.
Pilihan Raya Umum
- Memilih ahli Dewan Rakyat / Undangan Negeri.
Pilihan Raya Kecil
- Memilih pengganti apabila berlaku kekosongan akibat kematian, perletakan jawatan, hilang kelayakan / pembatalan keputusan pilihan raya.
Sehingga hari ini terdapat 222 kerusi (Parlimen) dan 576 kerusi (DUN)
"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"
No comments:
Post a Comment