PROFILE
Monday, 28 October 2019
Tuesday, 22 October 2019
DASAR KEBUDAYAAN NEGARA
Ini adalah video untuk dasar kebudayaan negara yang kami sediakan. Selamat menonton 😝
Tuesday, 24 September 2019
4.0 PEMBANGUNAN NEGARA
4.0 PENGENALAN
Rakyat Malaysia dapat menikmati kesejahteraan hidup dengan pendekatan pembangunan negara yang terancang sejak kemerdekaan dicapai. Dasar-dasar pembangunan negara menyediakan kemudahan terutama peluang-peluang ekonomi bagi membolehkan rakyat mencapai kesejahteraan hidup tanpa mengira kaum. Matlamat utama pembangunan negara adalah supaya semua rakyat mendapat faedah dan bersama-sama menikmati hasil pembangunan tersebut.
Rakyat Malaysia dapat menikmati kesejahteraan hidup dengan pendekatan pembangunan negara yang terancang sejak kemerdekaan dicapai. Dasar-dasar pembangunan negara menyediakan kemudahan terutama peluang-peluang ekonomi bagi membolehkan rakyat mencapai kesejahteraan hidup tanpa mengira kaum. Matlamat utama pembangunan negara adalah supaya semua rakyat mendapat faedah dan bersama-sama menikmati hasil pembangunan tersebut.
4.1 RANCANGAN DAN VISI PEMBANGUNAN
Malaysia merupakan rancangan lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia. Rancangan lima tahun ini ialah kesan peninggalan zaman pemerintah British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama (1956-1960). Selepas itu, Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) dilaksanakan. Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, Rancangan Malaya ditukarkan dengan Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970).
Malaysia merupakan rancangan lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia. Rancangan lima tahun ini ialah kesan peninggalan zaman pemerintah British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama (1956-1960). Selepas itu, Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) dilaksanakan. Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, Rancangan Malaya ditukarkan dengan Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970).
4.1.1 RANCANGAN PEMBANGUNAN EKONOMI
Kerajaan bertanggungjawab menurunkan kadar kemiskinan dalam kalangan orang Melayu dan menyeimbangkan pembangunan ekonomi di Bandar dan luar bandar, di samping menjaga keselamatan negara. Dasar dan strategi pembangunan negara selepas mereka ialah menghasilkan pembangunan yang seimbang dalam semua sektor ekonomi supaya perpaduan kaum dan kestabilan politik dapat diwujudkan. Kerajaan perlu mengekalkan dan mempertingkatkan kemajuan negara dan perkembangan ekonomi sebagai suatu tanggungjawab yang berterusan.
Rancangan pembangunan negara terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu perancangan pramerdeka, perancangan selepas merdeka dan perancangan era Dasar Ekonomi Baru (DEB).
- Perancangan peringkat pertama (zaman pramerdeka) meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955) dan sebahagian dari Rancangan Malaya Pertama (1956-1960).
- Peringkat kedua, iaitu perancangan selepas merdeka meliputi Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) dan sebahagian Rancangan Malaysia Pertama (1960-1970), iaitu selepas Malaysia ditubuhkan.
- Peringkat ketiga, iaitu Rancangan Pembangunan Negara meliputi perancangan dalan era Dasar Ekonomi Baru (DEB), iaitu Rancangan Malaysia kelima (1986-1990).
REPORT TH
RANCANGAN MALAYA PERTAMA (1956 -1960)
Rancangan Malaya Pertama (1956 – 1960) telah dilancarkan mengikut projek-projekdi bawah suatu perancangan pelaburan sektor awam yang bersepadu . Matlamatutama rancangan pembangunan ini adalah untuk membangunkan ekonomi negaradengan memberi penekanan kepad sektor luar Bandar . Pelaksanaan RancanganMalaya Pertama telah menampakkan kejayaan cemerlang dengan penubuhanDUA agensi kerajaan , iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ( FELDA ) danKementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada tahun 1956 .
RANCANGAN MALAYA KEDUA (1961 -1965)
Rancangan Malaya Kedua dilancarkan dengan beberapa kemajuan telah dicapai .Pertama , rancangan ini diseliakan oleh satu jawatankuasa antara jabatan dengansebuah urusetia ekonomi dan pakar perunding Bank Dunia . Kedua ,perancangan ini menggunakan dua kaedah , iaitu perancangan dari atas ke bawahdan perancangan dari bawah ke atas . Ketiga , satu kajian menyeluruh dilaksanakanke atas perkembangan ekonomi negara bagi beberapa tahun sebelumnya .Kerajaan memperuntukkan dua kali ganda bagi pembangunan berbanding denganRancangan Malaya Pertama .
RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (1966-1970)
Rancangan Malaysia Pertama (RMP) memberi tumpuan kepada tenaga manusiadan program ke atas setiap sektor ekonomi . RMP ini juga memberi penekananke atas aspek integrasi antara penduduk di Malaysia termasuk Sabah danSarawak . Bagi melaksanakan tujuan ini , Kerajaan telah menggubal satu programpembangunan khusus untuk meningkatkan kebajikan semua rakyat sama adasektor awam atau swasta . Tumpuan diberikan kepada pertumbuhan ekonomi agardinikmati oleh golongan miskin . Seterusnya , Kerajaan menubuhkan beberapaagensi , iaitu Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) , Majlis AmanahRakyat (MARA) , Bank Bumiputera , Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) danLembaga Penasihat Tarif . Rancangan Malaysia Pertama memberikan kejayaankepada pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat dan mantap .
RANCANGAN MALAYSIA KEDUA (1971-1975)
Rancangan Malaysia Kedua dilancarkan untuk mengatasi sosioekonomi yangtidak seimbang antara kumpulan etnik dengan kawasan –kawasan . Dasar EkonomiBaru (DEB) dilancarkan untuk membasmi kemiskinan rakyat tanpa mengira kaumdan menyusun semula masyarakat Malaysia dengan tujuan memulih ekonomiyang tidak seimbang serta menghapus pengenalan kaum mengikut fungsiekonomi . Kerajaan memberi tumpuan kepada sektor awam , terutama dalambidang perdagangan dan perindustrian . Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS)ditubuhkan pada tahun 1974 . Dalam tempoh RMK2 , Keluaran Dalam Negeri Kasar(KDNK) telah bertambah 7.4% berpunca daripada sektor yang berikut :
- Pertanian – 25%
- Pembuatan – 19.3%
- Perdagangan – 14.4%
- Perkhidmatan – 10.15%
REPORT THIS AD
RANCANGAN MALAYSIA KETIGA ( 1976-1980)
Rancangan Malaysia Ketiga dilancarkan dengan memperkenalkan RangkaRancangan Jangka Panjang Pertama (1971-1990) . RMK3 ini merupakan peringkatKedua pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) . Pembangunan sektor pertaniandan perindustrian terus digiatkan bagi mendapatkan pendapatan , produktiviti danpeluang pekerjaan . Mengikut Malaysia Kita (2014) , dalam tempoh pelaksanaanDEB , ekonomi Malaysia berkembang pada keluaran KDNK dengan kadar purata7.8% walaupun sasaran yang ditetapkan adalah sebanyak 8% setahun .
RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT (1981-1985)
Rancangan Malaysia Keempat dilancarkan ketika suasana ekonomi negara dandunia dilanda kemelesetan . Malaysia mengalami kemerosotan dalam pembayarangaji , kejatuhan harga dan penurunan pendapatan eksport dalam sektor komoditi ,kelembapan sektor swasta dan kadar pengangguran yang semakin meningkat .Kerajaan mewujudkan dasar dan strategi baharu seperti mengadakan system miniEstet pertanian , koperasi , dan strategi pembangunan luar bandar . Program yandiperkenalkan ini sejajar dengan Dasar Pertanian Negara dan Dasar Halacara Barubagi membangunkan kawasan kampung dan luar bandar . Berdasarkan data yangdiperoleh daripada Malaysia Kita (2014) , keluaran KDNK berkembang pada kadarpurata 5.8% . Namun begitu , kadar ini lebih merosot kerana berlaku kelembapan ekonomidalam sektor pembuatan dan perlombongan .
RANCANGAN MALAYSIA KELIMA (1986-1990)
Rancangan Malaysia Kelima dilancarkan dalam kedudukan ekonomi yangmasih lagi meleset . Pelaksanaan dan perancangannya berasaskan pertumbuhanyang lebih rendah . Teras pembangunan RMK5 ini ialah perpaduan negara danmencapai objektif DEB . Peranan RMK5 ialah meningkatkan sektor swasta menerusikelonggaran peraturan dan kawalan dari segi hak milik syarikat , perlesenandan kegiatan ekonomi . RMK5 ini menggiatkan semula sektor pertanian denganmelonggarkan syarat-syarat penggunaan tanah , penanaman padi secara ladang ,penggunaan tanah lombong bagi aktiviti pertanian dan mengusahakan sawahterbiar dengan tanaman yang sesuai . Satu strategi baharu juga diperkenalkan , iaitupenyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan produktiviti , keupayaandan kecekapan guna tenaga tempatan . Dengan berakhirnya RMK5 , maka tamatlahRangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1)Jangka Panjang Pertama (RRJP1)
REPORT THIS AD
RANCANGAN MALAYSIA KEENAM(1991-1995)
Matlamat utama RMK-6 ialah mengekalkan momentum pembangunan pesat ekonomi negara.Strategi RMK-6 ialah meningkatkan kecekapan dan daya saing ekonomi di samping menggalakkan sektor swasta untuk terus memainkan peranan dalam perkembangan ekonomi negara.Memperteguh kedudukan hasil kerajaan persekutuan iaitu mengurangkan perbelanjaan yang tidak produktif dan menyegerakan pelaksanaan program penswastaan untuk memberbaik kedudukan kewangan sektor awam.Mengekalkan dasar liberalisasi,pelonggaran peratusan dan undang2 untuk memberbaik iklim pelaburan.Langkah2 juga akan diambil untuk mempermudahkan prosedur dan peraturan pentadbiran pada peringkat persekutuan,negeri,dan kerajaan tampatan untuk menyegerakan pelaksanaan projek2 sektor swasta.Mengubah struktur industri sedia ada kepada penggunaan teknologi yang lebih canggih dan keluaran yang lebih bermutu untuk memenuhi keperluan pasaran di negara maju.
RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH(1996-2000)
RMK7 masih berlandaskan konsep pembangunan seimbang dengan mengandungi strategi-strategi baharu yang menjadi Peralihan daripada strategi pertumbuhan yang didorong oleh pelaburan untuk pertumbuhan produktiviti. Strategi lain ialah Peralihan kepada pengeluaran berskala besar bagi eksport oleh industry industry Malaysia. Strategi seterusnya ialah memperluaskan dan memperkaya asas sains dan teknologi. Tumpuan dan penekanan juga diberikan kepada sector swasta Yang menunjukkan prestasi dan pertumbuhan ekonomi serta pembangunan negara. RMK7 ini juga melihat kepada konsep Pensyarikatan Malaysia, perkhidmatan awam dan kerajaan untuk terus menyediakan infrastruktur yang diperlukan bagi Persaingan di peringkat global. RMK7 dirangka untuk membawa Malaysia memasuki ambang abad ke 21. hasrat dan aspirasi Kerajaan untuk mencapai status negara maju menjelang 2020 dan pelaksanaan projek-projek pembangunan negara.
RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN(2001-2005)
Merupakan fasa pertama pelaksanaan RRJP3 yang meliputi tempoh 2001-2010. dalam tempoh RMK8,ekonomi Malaysia Menghadapi cabaran yang besar kesan peningkatan globalisasi,liberalisasi dan kemajuan pesat dalam teknologi terutamanya Teknologi maklumat dan komunikasi(ICT), RMK8 menumpukan kepada pembangunan ekonomi berasaskan penawaran tenaga Buruh yang berkualiti, meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan(R&D) dan mempercepatkan pembangunan sektor Yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Penekanan diberikan kepada usaha memperkukuhkan nilai nilai positif dalam Kalangan rakyat yang membentuk masyarakat bersatu padu. RMK8 ialah memberikan tumpuan untuk mencapai pertumbuhan Mampan dengan berdaya tahan. Tumpuan utama adalah pada inisiatif sektor swasta bagi menyediakan rangka dasar yang kondusif serta perkhidmatan berkualiti, teras pembangunan RMK8 ialah 1) pengekalan kestabilan ekonomi mikro 2) pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat 3) pertumbuhan yang didorong oleh produktiviti 4) peningkatan daya saing sector utama 5) perluasan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi 6) peningkatan pembangunan sumber manusia 7) pencapaian pembangunan mampan 8) peningkatan kualiti hidup 9) penanganan isu sosial 10) pengukuhan nilai moral dan etika
REPORT THIS AD
RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (2006-2010)
Rancangan pembangunan Malaysia bagi tempoh 2006-2010, rancangan lima tahun ini diumumkan setelah Malaysia Melalui fasa 15 tahun pertama sejak Wawasan 2020 diumumkan oleh TUN DR MAHATHIR MOHAMAD. RMK9 Bermatlamat untuk terus memacu negara ke arah kemakmuran walaupun Malaysia menghadapi persekitaran dalam Dan luar negara yang sukar seperti kesan krisis kewangan dan kenaikan harga minyak. RMK9 mempunyai lima teras Utama seperti yang berikut: 1) meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi 2) meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama 3) menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif 4) meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup 5) mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan
SEPULUH PENCAPAIAN MALAYSIA SEPANJANG 10 RANCANGAN MALAYSIA
Ringkas,sejak 5 dekad yang lalu,Rancangan Malaysia telah mencapai kejayaan yang membanggakan kepada negara kepada dalam membasmi kemiskinan,meningkatkan tahap ekonomi,mewujudkan masyarakat bersatu padu,pembangunan yang seimbang sertamasyarakat yang progresif dan maju berdasarkan perancangan ,gagasan dan dasar kerajaan.RMK11 juga menjadi pelonjak akhir sebelum memasuki gelanggang negara maju.
RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH(RMK10)
Rancangam Malaysia kesepuluh(RMK10) disediakan dengan mencartakan perjalanan pembangunan negara kea rah mencapai wawasan 2020. Tema RMK10 dirumuskan ke dalam 10 idea utama.
10 idea utama RMK10 adalah seperti berikut:
- Ekonomi dipacu oleh faktor dalam negeri di samping mengambil kira persekitaran luar negara
- Memanfaatkan kepelbagaian etnik untuk mencapai kejayaan di arena antarabangsa
- Transformasi kearah negara berpendapatan tinggi menerusi pengkhususan
- menjayakan pertumbuhan yang diterajui oleh produktiviti dan inovasi
- Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan cemerlang
- Memastikan peluang sama rata dan melindungi golongan yang mudah terjejas
- Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif
- Menyokong perkongsian pintar dan berkesan
- Menghargai khazanah alam sekitar
- Kerajaan Umpama syarikat yang berdaya saing
REPORT THIS AD
Sector awam perlu ditransformasikan supaya dapat bertindak balas secara berkesan kepada persekitaran global yang pesat berubah. Reformasi sector awam akan berorientasikan pelanggan dengan sistem penyampaian dan hubungan ditambah baik dan tertumpu kepada rakyat dan perniagaan. Pendekatan berasaskan outcome akan diguna pakai bagi perancangan, pengagihan sumber, pemantauan dan penilaian kemajuan. Bagi memastikan akauntibiliti, KPI bagi mengukur outcome akan dikaitkan kepada individu dan dipantau secara berkala.
Kerajaan akan memberi tumpuan kepada peranan sebagai pemudah cara dalam menyediakan persekitaran yang sesuai untuk sector swasta melalui dasar dan peraturan yang efektif. Di samping itu, terdapat peralihan dalam perbelanjaan sector awam daripada infrastruktur fizikal kepada bukan fizikal terutama dalam program peningkatan kemahiran, R&D, pembiyaian modal teroka dan pemboleh inovasi yang lain.
RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS(RMk11)
Rancangan Malaysia kesebelas RMK11 telah dibentangkan oleh YAB perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak di parlimen pada 21 Mei 2015. RMK11 amat penting kerana dilihat menjadi transformasi terkahir dalam matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Di bawah Transformasi Nasional ini, enam program telah dirancang dan akan dilaksanakan seperti yang berikut
(a) Program Transformasi Kerajaan
(b) Program Transformasi Ekonomi
(c) Program Transformasi Politik
(d) Program Transformasi Komuniti
(e) Program Transformasi Sosial
(f) Program Transformasi fiscal
Program transformasi nasional merupakan falsafah dan tunjang utama bagi merialisasikan RMK11. Justeru , RMK11 telah menyediakan enam strategi tumpuan seperti dalam jadual 4.1
REPORT THIS AD
Terdapat enam strategi tumpuan dalam jadual 4.1
Pertama | Memperkukuh insklusiviti kea rah masyarakat saksama |
kedua | Meningkatkan kesejahteraan rakyat |
ketiga | Meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju |
keempat | Menuju kea rah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampuan dan daya saing |
kelima | Memperkukuhkan infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi |
keenam | Memperkasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran |
Jadual 4.2 pelaksanaan Game Changers
pertama | Meningkatkan produktiviti |
kedua | Menjana kekayaan melalui inovasi |
ketiga | Mempertingkatkan peratusan masyarakat kelas menengah |
keempat | Menterasakan Pendidikan dan latihan teknikan TVET |
kelima | Melaksanakan pertumbuhan hijau |
keenam | Melabur di bandar-bandar bedaya saing |
DASAR-DASAR UTAMA MALAYSIA
Dalam tempuh masa 20 tahun pelaksanaan DEB(1970-1990) dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1),ekonomi Malaysia telah berkembang pesat dan mengangumkan walaupun menghadapi pelbagai masalah dan cabaran.Kerajaan melancarkan Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) berasakan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).Matlamat utama DPN ialah membentuk masyarakat yang bersatu padu di samping membina kestabilan politik,ekonomi dan social.
DPN digubal merangkumi perkara-perkara yang berikut;
- Mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang dan pengangihan yang saksama.
- Memastikan pembangunan yang seimbang bagi semua sektor ekonomi yang utama dan pertumbuhan saksama.
- Mengurangkan dan manghapuskan suasana sosial dan ekonomi yang tidak seimbang serta menggalakkan perkongsian yang adil daripada pembangunan negara.
- Menggalakkan dna mengukuhkan integrasi nasional menerusi pengurangan atau menghapuskan jurang perbezaan pembangunan ekonomi di antara negeri-negeri dan kawasan-kawasan.
- Membangunkan masyarakat yang maju dan dapat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi.
- Memajukan pembangunan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif.
- Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi.
- Memastikan perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.
REPORT THIS AD
DPN juga memberi fokus pada strategi-strategi yang berikut;
- Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan
- Persaingan dalam pasaran antarabangsa
- Wawasan 2020-menjelang tahun 2020,Malaysia akan muncul sebagai sebuah negara maju.
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
Dasar Kebudayaan Kebangsann dibuat dengan pertimbangan fakta-fakta sejarah serantau dan kedudukan negara sebagai pusat tamadun serta pusat pertemuan bagi aktiviti perdagangan serantau.Sebagai satu proses berterusan,Dasar Kebudayaan Kebangsaan berteraskan tiga prinsip yang berikut;
- Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini yang mempunyai pemancaran dan pengembangan warisan kebudayaan melayu sejak zaman- berzaman dan ditambah dengan kegemilangan serta keagungan tamadun melayu.
- Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar.Prinsip ini bertepatan dengan penduduk berbilang kaum iaitu melayu,cina,india,arab dan lain-lain dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.
- Islam menjadi unsur penting dalam pembangunan kebudayaan kebangsaan.Kedatangan Islam ke Tanah Melayu membawa satu perubahan terhadap pandangan hidup yang amat bererti dalam kalangan rakyat.
OBJEKTIF DASAR
STRATEGI DAN PELAKSANAAN DASAR
- Pemulihan ,pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan kearah menguatkan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui usahasama penyelidikan ,pembangunan,pendidikan ,pengembangan dan perhubungan budaya.
- Meningkatkan dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat,mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan.
- Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan ,kenegaraan dan nasionalisme Malaysia.
- Memenuhi keperluan sosiobudaya
- Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
REPORT THIS AD
4.2.2 Dasar Pembangunan Belia Negara
Dasar Pembangunan Belia Negara dirancang untuk melahirkan generasi belia yang berpotensi untuk meyumbang kepada pembangunan negara. Dasar ini diwujudkan adalah untuk memastikan keupayaan belia menggembleng kekuatan,ketahanan pembangunan social ekonomi dan politik negara.
Matlamat Dasar Pembangunan Belia Negara adalah untuk mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi bersepadu dari segi rohaniah,akliah dan jasmaniah,bertanggungjawab berdikari, bersemangat sukarela, patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan negara selaras dengam Wawasan 2020.
Beberapa strategi dilaksanakan untuk mencapai dasar ini, antaranya ialah :
- Pembangunan ilmu– usaha dipertingkatkan ke arah memperkembangan ilmu pengetahuan dalam berbagai-bagai aspek sebagai tunggak kepada pembangunan dan pemantapan generasi belia.
- Pembentukan sikap– usaha ke arah penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan sikap yang positif dan kreatif akan dipupuk dalam kalangan belia.
- Pembanguan kemahiran dan keusahawanan– mempersiapkan belia dengan teknologi terkini, kemahiran teknik dan vokasional serta kegiatan keusahawanan selaras dengan kehendak pembangunan negara.
- Pemupukan gaya hidup sihat–digalakkan menyertai persatuan atau aktiviti sukarela yang dapat memupuk gaya hidup sihat, cergas dan dinamik. Amalan ini akan dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab dan berkualiti .
- Kemudahan interaksi sosial– mempertingkatankan kemudahan yang sesuai bagi menggalakkan aktiviti dan interaksi sosial yang sihat dalam kalangan belia dan masyarakat.
- Perkongsian dalam pembangunan– memanfaatkan perkongsian dan kerjasama antara agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk pembangunan generasi belia.
- Jaringan hubungan antarabangsa– menggalakkan generasi belia meningkatkan jaringan dan interaksi dengan masyarakat antarabangsa.
Prinsip pelaksanaan dasar ialah menyelaras semua program dan akitiviti berasaskan strategi dan pelan tindakan yang telah ditentukan berteraskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara dan dasar-dasar utama negara yang berkaita. Dasar ini menjadi panduan kepada semua pihak untuk merancang dan melaksanakan akitivitii atau program untuk memperkasa pembangunan belia pada masa akan datang.
REPORT THIS AD
4.2.3 Pelan Intergriti Nasional
Pelan Integriti Nasional (PIN) digubal dan dilancarkan untuk meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama daripada pelbagai sector negara dan lapisan masyarakat supaya membudyakan integrti. Tujuan PIN adalah untuk menjadikan integriti sebagai budaya masyarakat,memperkukuhkan asas moral masyarakat dan negara, di smpaing itu meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat,meningkatkan daya saing dan daya tahana negara dalam usaha menangani cabaran globalisasi.
Rasional PIN adalah untuk melahirkan masyarakat Malaysia mengikut acuan sendiri menjelang tahun 2020. Fokus terpenting ialah peningkatan dan pemantapan etika serta integrity yang perlu menjadi budaya masyarakat. Pembangunan dan pertumbuhan negara yang dicapai setakat ini banyak didasari oleh pengukuhan elemen nilai-nilai murni, integriti, ketulusan dan akauntabiliti.
Petunjuk prestasi utama (KPI) digunakan bagi menentukan keberhasilan usaha dan gerakan membudayakan integriti masyarakat Malaysia sebagai Bidang Keberhasilan Utama (Key Result Area – KRA) digariskan. Gabunagan dua cara penilaian keberkesanan pelaksanakan strategi dan program agenda integriti digariskan dalam PIN terus dilaksanankan dan diberikan nilai tambah.
Tiga pendekatan yang digunakan adalah seperti yang bertikut:
- Laporan dan revolusi oleh stakeholdersterdiri daripada pelbagai sektor masyarakat melalui konvesyen, persidangan, seminar, forum, atau kursus integriti yang diadakan secara berkala.
- Maklum balas melalui soal selidik dan kajian yang dijalankan terhadap para peserta konvesyen, persidangan dan kursus yang dijalankan.
- Kajian mengenai nilai, etika dan integrity yang dijalankan terhadap dari semasa ke semasa atas tajuk – tajuk khusus memilih sampel secara rawak daripada pelagai sektor masyarakat diseluruh negara.
PIN diteruskan pada fasa kedua mulai 2009 dengan memperkenalkan lima tekad integriti , iaitu merangkumi yang berikut:
- Tekad integriti satu– memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secra menyeluruh dan berkesan.
- Tekad integriti dua– meningktkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi.
- Tekad integriti tiga– meningkatkan tadbir urus koporat, etika perniagaan dab bertanggungjawab sosial korporat.
- Tekad integriti empat– memantapkan institusi keluarga dan komuniti.
- Tekad integriti lima– meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.
REPORT THIS AD
Faktor – faktor yang menjejaskan integriti ditunjukkan dalam jadual 4.4.
Jadual 4.4 faktor – faktor kemerodotan integriti
Faktor | Aspek kemerosotan |
Individu | · Kelemahan individu
– Kurang pendidikan
– Etika kerja lemah
– Tamak
– Tidak Nampak kelemahan diri
· Tekanan hidup
|
Budaya | · Budaya masyarakat yang kurang menitikberatkan integrity
– Takut membuat laporan
– Sikap tidak ambil peduli
– Enggan melaporkan kesalahan
– Budaya angguk dan ampu
|
FAKTOR | ASPEK KESELAMATAN |
INDIVIDU
|
*kelemahan individu
-kurang Pendidikan
-etika kerja lemah
-tamak
-tidak Nampak kelemahan sendiri
*tekanan hidup
|
BUDAYA
|
*budaya masyarakat yang kurang menitikberatkan integrity
-takut membuat laporan
-sikap tidak ambil peduli
-enggan melaporkan kesalahan
-budaya angguk dan ampu
|
KEPIMPINAN
|
*kurang berteladan, lemah iltizam
*arahan pemimpin yang melanggar prosedur dan peraturan
*cakap tak serupa bikin
|
SISTEM & PROSEDUR
|
*kurang ketulusan
*kelemahan system,prosedur dan garis panduan
*kurang penguatkuasaan
*penguatkuasaan berpilih
*kurang pemantauan dan penilaian
*keupayaan sumber manusia dan material yang terhad
*kerangka undang-undang lapuk dan percangahan dalam undang-undang
|
STRUKTUR DAN INSTITUSI
|
*struktur
-tidak kemas dan kurang fokus
-matlamat tidak jelas dan munasabah
-struktur lapuk
-pertindihan skop,tugas dan tanggungjawab antara institusi
-kurang koordinasi
-pertentangan matlamat antara institusi menyebabkan penyebaran nilai-nilai yang bertentangan
|
JADUAL 4.4 FAKTOR FAKTOR KEMEROSOTAN EKONOMI
KESIMPULAN
Pelaksanaan pelbagai dasar , perancangan dan strategi serta pelan tindakan untuk setiap institusi dan sector dalam masyarakat dan negara digariskan bagi meningkatkan pembangunan yang seimbang dan lestari. Semua ini akan menyumbang kepada kestabilan politik dan keharmonian rakyat pelbagai kaum serta peningkatan kesejahteraan hidup rakyat. Disamping itu, PIN merupakan kesinambungan dan penterjemahan falsafah, prinsip dan matlamat yang hendak dicapai dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara dengan mengambil kira pelbagai perkembangan dan cabaran baharu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERANAN MALAYSIA DALAM ASEAN
Pembentangan untuk peranan Malaysia dalam ASEAN 😍
-
BIODATA KITAKITAJE💢 Hi, assalamualaikum! kami pelajar dari POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU, ke...
-
SEJARAH MELAKA Sejarah ringkas Kesultanan Melaka Sejarah kesultanan Melaka bermula dengan kedatangan Parames...